Info tentang Hyde Park boleh diperolehi di laman web www.royalparks.org.uk/parks .
Hyde Park adalah merupakan salah satu daripada taman diraja yang mempunyai landskap yang cantik dan terpelihara di atas tanah seluas lebih 350 ekar. Awalnya taman ini adalah kawasan larangan khas buat keluarga diraja berburu sehinggalah akhirnya dibuka kepada umum. Taman ini menjadi tumpuan utama warga London untuk beriadah terutama di waktu summer (bulan 6 - 8).
Jom layan gambar-gambar anak-anakku berjimba main snow di Hyde Park, London.
GAMBAR
Pemandangan Hyde Park dilanda salji.. Suasana taman masih lengang, baru jam 11.30 pagi. Subhannallah, cantik kan?
Kuda celah pokok? ;) Nampak tak?
Snowman, weheeee... so comel ..
Latarbelakang main road Bayswater
Ais kepal :) tinggal tambah gula merah..
Jom berkubang dalam ais.. sojuk.. ini aksi kuak lentang namanya
Weheee.. perang snow ball.. kita lihat siapa yang kena.. sakit tau kalau kena.
Penunggu snowman yang tak jadi.. :) sejuk bottom baby..
Berdiri senyap-senyap bawah pokok, kasut dah basah.. silap perhitungan pakai kasut biasa, patut pakai wellies (but ala2 kasut menoreh getah tu) baru best main snow.. kaki pun kering aje..
Jom kita balik...
PENGINAPAN
Untuk Penginapan korang leh check disini:
www.hotels.com , www.lastminute.com , www.tripadvisors.com
Bagi yang nak menginap di Malaysia Hall check sini: (ada kantin yang menyajikan makanan masakan Melayu segala macam sambal belacan + petai pun ada :) )
www.masduke.net
Rate untuk penginapan per person boleh korang check kt laman web ni, dah dapat tarikh yang dihajati bolehla buat panggilan ke talian seperti di dalam web tersebut waktu pejabat UK iaitu 9 pagi hingga 5 petang (perbezaan jam dengan Malaysia adalah 7 jam bagi bulan Mac - Ogos, 8 jam bagi bulan September - Februari).
MAKAN
Malaysia Hall
30-34 Queensborough Terrace, London S2 3ST
*varities of Malaysian food
Makan Cafe
270 Portobello Road London W10 5TY
T
website: www.tukdin.com
* cafe yang terkenal dikalangan artis-artis Malaysia
Bonda Cafe
190 Sussex Gardens London W2 1TU
No comments:
Post a Comment