MORE COMING.. OUR SHORT BREAK TO EDINBURGH, SCOTLAND...

Saturday, February 11, 2012

Natural History Museum, London

Trip kali ini kita ke Natural History Museum, London beralamat di Cromwell Road, London SW7 5BD, UK.

Perjalanan dengan kereta dari rumah di Elgin Avenue hanya ambil masa 15 minit. Kalau hari biasa kena parking dalam bay parking tapi memang susah nak dapat parking dan caj parking juga mahal,.. :( Hari Sabtu dan Ahad boleh parking kereta atas single line kuning dengan syarat tidak menghalang lalu lintas dan tidak menghalang laluan pejalan kaki. Disyorkan naik bas, mudah dan tak perlu fikir nak cari parking dimana. Dengan bas boleh naik dari Marble Arch, bas No. 414.

Bas fare one trip sehala, if beli tiket dari mesin will cost £2.30 (adult), kanak-kanak under 11 free. If pakai Oyster Card will charge you £1.35 each. Info lanjut tentang oyster card dan juga sistem pengangkutan di London, (jadual bas) boleh check disini www.tfl.gov.uk .

Maklumat lanjut tentang Natural History Museum leh klik sini www.nhm.ac.uk. No admission fee, buka setiap hari kecuali Hari Krismas.

Jom layan gambar-gambar kami di Natural History Museum.


Selepas selamat parking kereta, kami menuju ke destinasi.



Ruang legar muzium. Eskalator menuju ke tingkat atas. Unik kan?


Nak tengok dinosaur punye pasal kena beratur panjang. Nasib baik bukan cuti sekolah, jadi beratur pun berbaloi.. Di ruang beratur ni pun diletakkan rangka replika dinosaur.


Jom layan gambar-gambar rangka dinosour ni..








Gambaran anak dinosour menetas dari telur.


Mak aih.. terkujat i..






Otot kaki dinosour.. besar betul.. buat stok dapur setahun berlebih-lebih..





Inilah En. Dugong.. jeng.. jeng.. jeng..



Ruangan pameran binatang mamalia...


Kring.. Kring.. Kring.. Eh.. siapa yang telefon? Sekali angkat bunyi gajah yang menyahut..



Ruang pameran binatang yang diawet.. Geliiii...



Cermin ajaib... eh.. kenapa saya jadi ketot?


Kenapa badan saya aje yang panjang? hehehe



Hiasan dalaman bangunan muzium. Sangat cantik.












T Rex roars.. seram jugak macam dinosour real yang hidup.. budak-budak ramai yang lari ketakutan..



Jom Kita balik...




PENGINAPAN

Untuk Penginapan korang leh check disini:

www.hotels.com , www.lastminute.com , www.tripadvisors.com

Bagi yang nak menginap di Malaysia Hall check sini: (ada kantin yang menyajikan makanan masakan Melayu segala macam sambal belacan + petai pun ada :) )

www.masduke.net

Rate untuk penginapan per person boleh korang check kt laman web ni, dah dapat tarikh yang dihajati bolehla buat panggilan ke talian seperti di dalam web tersebut waktu pejabat UK iaitu 9 pagi hingga 5 petang (perbezaan jam dengan Malaysia adalah 7 jam bagi bulan Mac - Ogos, 8 jam bagi bulan September - Februari).

MAKAN

Bila melancong perkara yang paling susah sekali adalah bab makan.. Kan? Tak perlu risau, Kota London dipenuhi dengan restoran-restoran dan juga cafe2 yang menyajikan makanan Halal.. dipintu2 kedai akan dipamerkan logo Halal, kebanyakan restoran Halal ini adalah milik pendatang dari tanah Arab.  Kalau nak Malaysian food leh g sini:
Malaysia Hall
30-34 Queensborough Terrace, London S2 3ST
*varities of Malaysian food

Makan Cafe
270 Portobello Road London W10 5TY
020 8960 5169
website: www.makancafe.co.uk
*owner yang baik, Abang Ad & Kak Ani.. korang akan rasa sangat2 dialu2kan..
sedap & harga berpatutan

Tukdin
41 Craven Road London W2 3BX
T
020 7723 6955
website: www.tukdin.com
* cafe yang terkenal dikalangan artis-artis Malaysia

Bonda Cafe
190 Sussex Gardens London W2 1TU
020 7402 5111
website: www.bondacafelondon.com
* harga yang berpatutan

Satay House
13 Sale Place London, W2 1PX020 7723 6763
website: www.satay-house.co.uk

Melur
175a Edgware Road London W2 1ET020 7706 8083
website: www.melurlondon.co.uk

SELAMAT MENJAMU SELERA

No comments:

Post a Comment